Nama:
Alamat Email:
Number Telefon
Bantuan yang anda perlukan Turun Berat Badan
Naik Berat Badan
Sarapan Sihat
Baiki Masalah Kesihatan
Tambah Tenaga
Jana Pendapan Sampingan
Maklumat tambahan:

Get your own free form like this one.

Sep 2, 2012

Pretty much My Syawal

Assalamualaikum Hai Hello
Hows your day so far ? (amenda entah takde soalan nak tanyee)

Okay la nak tepek gambar raya aku. sebahagian aktiviti aku time Syawal. banyak je aktiviti tapi ade yang tak ambik gambar la cerita dia. kita tepek yang sempat je yeah, and maaf la gambar aku semua aku combine kan. aku kategori rajin ke malas gitu hah ? aku just malas nak loading gambar bebanyak, tapi aku rajin combine. acane ? #Dilema

1st Syawal. Rutin tahunan menggila depan camera. Gambar aku yang atas gedik much


2nd Syawal. raya kat Maran. raya 7 buah rumah. pagi esok memang blerggggh sakit perut tapi kat rumah Pak Teh aku terbaeeek gila makanan dia sebab family dia memang ade kedai makan.  Nasi Ayam dia sangat kick. *membayangkan nasi ayamm*




 3/4 Family Ayah. Ade yang takde dalam gambar. family ayah ramai.semua subur


1/4 Family Ummi. ade raaamai lagi yang takda dalam gambar ni.


boleh dikatakan my ex kampung. masa arwah wan aku ade lagi.sekarang rumah ni dah usang dah. sumpah rindu zaman balik kampung. main mercun ;( tengok tv reramai ;( pasang pelita ;( happy je tanpa internet. sekarang ni malam raya tweet wish raya


Jumpa Baby Izz. Comel gila rasa nak gigit je tapi dia taknak kat aku.........
iPasrah


This is superb gila. lepak dengan 12 orang schoolmates (osman kacak sawe ajmal use yol amiey pudin acap danial nabal). dorang slept over dekat Kuantan. siapa yang tak suka lepak dengan schoolmates mesti gilaaaa. Takde la raya mana banyak lepak sembang gelak  main bowling yang macam haram bergaduh mengutuk. gambar banyak dekat facebook aku. thumbs up 48 kali beb!






Makang-makang rumah Muja. Sanggup k dari Kuantan. sebab banyak komitmen. Jumpa customer, open house rumah Fatin (tak dirancang) open house rumah Pedot (pun tak rancang) , jumpa member lama, open house rumah Tam, wedding akak Hakim lagi

Kakak Hakim punya wedding. Mak kami kawan baik. Walimah Hakim ni macam dah tak lama lagi dah aku rasaaaa 

CERITA DIA SEKARANG TEMPAT WUDHU TU AIR DIA KUAT GILA PASTU JADI CAMNI THEN KENA FITNAH MANDI. K

BYE


Aug 17, 2012

Random things

Assalamualaikum. last entry aku 13 June kalau tak silap aku lah. sooo ni ade masa sikit aku tak tahu nak tulis apa jadi aku randomm je. jap gambar sikit

ini ifthar dengan Sadiqin, Eqkhmal, Apek and Nabal. dekat BBQ Steamboat. Wuu macam Seoul Garden jugak cuma takde lah Ice Cream and Air sesedap nya. Walau lepak 5 orang je tapi dah nama hidup 5 tahun sesama mesti havoc gilaaa. oh by the way kami makan 2 jam jugak. kat sini ade surau. senang je nak solat



ini pulak ifthar dengan schoolmates jugak. dalam 10 orang. dalam gambar takde semua orang tak silap lah. dekat William's Corner yang ala-ala nak buat macam Murni tapi serious tak sedap. harga memang lah not bad tapi tak puasss lah. jangan lah makan kat sini. baik pergi Murni. lagi masyuk. yang ni lagii best lepakk. sembang pasal sekolah dulu. I wonder kalau bebudak skema lepak sesama buat reunion, dorang nak story pasal apa hah ? pasal kejayaan dapat A Add Maths ? kahkahkah kesimpulan nya jangan lah skema sangat. cuba la buat hal sikit supaya ade story sikit nak sembang nanti. contoh nya aku 3 kali kena penampar Cikgu Zul. Pernah kena lari pusing padang sebab lambat pergi prep pagi. daaaaaaaaan lain-lain lagi biarlah rahsia.


And bila dah lama tak jumpa banyak orang nampak perubahan badan aku. ade yang tuduh aku ambik Jusmate. ade yang cakap aku sakit. ade yang tuduh aku exercise. tidak semua ituu tidak. Aku just gantikan meal dengan shake Herbalife. and Alhamdulillah I've lost over 12kg sekarang ni. 


masa birthday dulu pun banyak orang hantar kat wall. okay jap nak print screen jap.
 Ini bukan riak,tapi nak tunjuk yang produk ni berkesan Alhamdulillah. and kalau nak lose weight. jangan expect orang yang kita jumpa hari-hari nak tegur perubahan kita. mesti nanti kawan-kawan yang dah lama tak jumpa mesti akan tegur. 


71 KG

61 KG

LOSE WEIGHT NOW, I CAN SHOW YOU HOW
013-2977020
NAIM





Jun 13, 2012

Communication Engineering and me

Assalamualaikum semua 
Hai lama tak update takpe takda orang nak kisah pun. Nampak tajuk ? kemain Communication Engineering kan padahal result Semester 1 Degree aku pun tak keluar lagi (20 hb ni maybe keluar. doakan aku please). 

Okay aku sekarang tengah struggle untuk 
Bachelor of Engineering (Communication) IIUM
Senang cerita course aku ni banyak deal dengan Electric circuit, electronic, analog lah, pastu nanti belajar pasal Wifi,mobile phone, radar system design. memang majoring ni first choice aku masa kat CFS dulu walaupun aku ni tak hebat pun Programming tu. tapi aku rasa aku lagi prefer deal dengan circuit dari mechanical thingy semua tu sebab aku tak expert sangat menda macam tu. aku ade jugak survey orang cakap yang kalau ambik Commu ni senang nak dapat kerja sebab sekarang kan kemain setiap hari ade handphone baru yedak ? cewahh baru first sem cakap macam apa je kan. entah aku hidup lagi ke entah. entah tak sempat habis degree kan. who knows

and semalam aku blogwalking kat blog Hami Asraff, dia cerita pasal dia ambik Commu Engin jugak and dia cakap susah lepas tu aku baca komen and jumpa

nak nangis sister ni cakap. faham tak aku pun cuak baca komen ni . tapi aku cool lagiii


buka forsquare pulak. aku saje bukak tips kat Kuliyyah of Engineering pastu jumpa
dia cakap commu susah gila. yang ni lelaki pulak cakap (boleh beza komen lelaki dengan perempuan) 



and after all aku pun tak tahu nak cakap, redha jela. kalau kat UIA ni susah nak tukar majoring. dah lah first sem ni so so je aku rasa. tak expect tinggi.



"IF YOU ARE WORRYING ABOUT ANYTHING, YOU ARE NOT PRAYING ENOUGH"

kata kata ni buat aku sentap. Allah knows the best. Allah tu kan ajaib 




Apr 8, 2012

EXAM YANG GILA

Assalamualaikum semua.
eh dah nak dekat 3 bulan aku tak update blog aku. aaaaa masuk uia busy tahu tak. mane sempat nak tulis lagipun internet uia so siputness speed dia. Twitter je okay sebab twitter kan macam ringan sikit. aku ni baru lepas exam woi. Mid Sem Exam je. tapi baru habis pun assignments belambak gila woiii macam gila pun ade kot.tetiap minggu mesti assignments banyak,report lagii, project lagi, kuiz lagi. kalau kat CFS dulu kan serious aku cakap sangat rileks. tak pressure sangat pun. and Semester ni aku ambik 5 subjects. STATICS, ELECTRIC CIRCUIT, CALCULUS, ENGINEERING DRAWING, ISLAMIC WORLDVIEW. paling susah antara semua subjek ni. ialah DRAWINGG. dia bukan susah pun. tapi dia macam erghhhh kena imaginasi tinggi pastu dia macam leceh, pastu macam tak best kot. serious aku tak minat langsung. and lagi satu CALCULUS, lecturer calculus ni semua nya foreigner. aku dapat yang BANGLA punyaa. peace ! sebut SQUEEZE THEOREM pun bunyi SIZ TORAM. sedih kan ? and tadi aku tak dapat jawab banyak gila soalan aaaaa. pastu dengan exam delay sejam sebab 100 students tak cukup kertas lagi. amenda entah uia. kalau 15 minit lagi boleh ah. ni 1 jam okayy. sedihnya tu je kisah aku.and aku demam time jawab static and drawing. setiap 10 minit sedut hingus dalam dewan yang sunyi. sangat cool rasa . and next entry aku nak hapdet pasal compartment aku. bye




bila aku stress rasa nak mohon dua perkara ini jatuh dari langit

Jan 30, 2012

HAZWAN AND NAJAA WEDDING

ASSALAMUALAIKUM hai hello annyeong
harini aku mahu story pasal wedding akak aku. okay oleh sebab ade permintaan untuk buat karangan sikit, aku pun buat lah. asalnyaa nak tepek gambar aje. okay harini kita mengamalkan konsep FAQ

#1. SAPA YANG KAHWIN ? KAHWIN DENGAN ORANG MANA ?
oh yang kahwin nya akak aku. akak pertama weh. ini kira wedding pertama in my family,dia kahwin dengan orang kuantan jugak tapi kampungnya dekat johor. dorang berkenalan dekat Pusat Tuisyen Bervisi. situ tempat aku tuisyen gak. kat situ lah tempat yang membolehkan addmath aku A. alhamdulillah

#2. BILA KENDURI NYAA ?
27 januari akad nikah. 28 januari majlis nyaa

#3. JEMPUTAN BERAPA RAMAI ?
jemputan dalam 4000 orang . ramai gilaaaa kan ? sebab nya majlis ni gabung dua majlis. takde sambut menantu. sekali kan je semuaa. Alhamdulillah yang hadir sangatlah ramai. pukul 4pm pun orang ramai lagi. aku sampai zohor kol 4. berdosa gilaa. jangan contohi aku

#4. KORANG GUNA CATERING APA ? SEDAP TAK ?
okay kami tak main lah catering ni. area perumahan aku ukhuwwah boleh kata kuat lah jugak. kami masak sendiri je. sebab dekat belakang rumah aku ade pakcik kama yang selalu handle makan besar ni. masak sendiri memang tak dianafikan penat jugak lah. kena sewa pinggan, kena beli barang semua, kena beli tisu dah baaaaaaaaaaanyak lagi aspek yang perlu dititikberatkan. tapi bila buat kira kira. masak sendiri boleh jimat 10k kot. okay sila masak sendiri lah yeah. and syukur ramai puji makanan nya sedap.okay aku makan satu round je. pastu ratah makanan pengantin

#5. SO OVERALL MACAM MANE ? 
Alhamdulillah semua berjalan lancar. cuma masalah kecik memang tak boleh nak elak. baru lah ade asam garam kehidupan. and cuaca hari majlis tu saaaangat lah awesome. pagi nya hujan. lepastu dari kol 10 sampai petang tu mendung je. walau aku banyak bergerak. tapi bau aku wangi bau softlan lagi. awesome tak ?

#6. MANA GAMBARRR ?
okay semua tak ikut susunan okayy











 5 pagi ke pasar borong













malas nak letak description. malas nak rotate. malas nak pergi gombak esok
bye

Jan 19, 2012

subway tak halal ? ade pork and wine ?

ASSALAMUALAIKUM READERS,
semalam masa tengah syok usha timeline twitter, tetiba ade orang RT from Ifa Raziah. dia cakap Subway tak halal. dah disahkan JAKIM. aku ni kalau sesiapa yang rapat dengan aku mesti tahu yang aku ni selalu lapar subway. craving all the time. lagipun aku start makan subway ni masa 2010. masa masuk PJ dulu. dah kat kuantan mane ade subway. then, kalau nak diikutkan dah lebih 45 ketul subway dah masuk dalam perut aku ni. aku pun tak tahu kenapa aku pilih 45. sebab 40 macam sikit, and 50 cam banyak sangat.

so, semalam aku pantas google. aku ade jumpa satu blog cakap pasa subway

4. Subway

Tsk. Percayalah. Buat masa ini, memang premis ini salah satu tempat kegemaran aku. Roti Honey Oat. Terbaik, woh. Tetapi, selepas aku baca artikel dalam blog SINI... aku cuba semak dalam direktori halal JAKIM. Tekalah. Ya. Tepat sekali. Tiada keputusan carian melainkan dua sahaja di bawah produk di dalam direktori halal JAKIM. Anda boleh semak sendiri jika mahukan kepastian.

Percayalah.

Aku ke sini sebab aku ternampak sijil halal JAKIM terpampang di premis Subway Sunway Piramid hari itu. Rasanya sudah dua kali ke sini. Dan selepas aku tengok Subway tiada status halal daripada JAKIM, terus rasa macam arghhh... kenapa! Tetapi selepas kewarasan kembali, aku fikir logik juga. Sebab dalam menunya ada ham. Ah! Kenapalah aku tidak perasan. Aku pernah makan meatball dan tuna. Itu pun sebab hidangan untuk hari Selasa dan Rabu. Dan bila aku buat carian lanjut lagi perihal Subway ini... barulah aku betul-betul lega sebab Subway ini memang aku pasti 800% tidak halal. Tidak halal, ya kawan-kawan.

Tidak syak lagi.

Cuba skroll bawah dan semak bahagian Ingredients di SINIAnda akan jumpa dua bahan secara terang, jelas dan nyatanya iaitu Pork dan Wine. Tulisannya sedikit kecil. Mohon pakai kanta pembesar jika kabur. Itu salah satu menu yang terdapat di Subway, Italian BMT.

Astaghfirullahalazim... apa bendalah yang aku makan ini.

Jadinya, jika benda tidak halal menjadi subset kepada premis yang tidak diketahui status halalnya... apakah maksudnya ini? 

Anda sendiri fikirlah, ya.

OKAY , DAH BACA?
pendapat aku pulak, okay bila dah baca entry ni, aku takde lah nak percaya bulat bulat. siasat dulu. tapi dalam pada waktu yang sama, faham tak perkataan was was tu ? kan kalau kita was was pun kena elakkan. jadi sesiapa yang was was jangan makan. yes tak dinafikan itu ade pork and wine yang terang benderang tak halal. tapi nya tu ingredients dari america right ? macam jugak KFC, MCD, daging luar negara bukan sembelih pun. jadi bila kat Malaysia kena lah ikut cara islam. and lagi satu kalau tengok kalori from America ni. ade dalam 500 lebih . kat Malaysia punya 300 lebih je. yes babi memang banyak lemak. entah tu pendapat aku je. kbye


Jan 17, 2012

SATU BERITA, SERIBU INTERPRETASI

Situasi sebenar : Seorang nenek pegi kedai beli ubi, tiba-tiba dilanggar beca lalu mati di tempat kejadian.

Buletin Utama - "Nenek meninggal dunia, pemandu beca dicari."

Harian Metro - "Hangat! Nenek mati dengan ubi di tangan."

Utusan Malaysia - "Nenek mati dilanggar beca satu propaganda pembangkang?"

Harakah - "Kami tiada beca."

Malaysiakini - "Beca langgar lari bukti kerajaan makan rasuah."

Obefiend - "Nenek meleis mati. Aku suka vodka."

Twitter @NajibRazak - "Nenek sanggup mati kerana ubi, menunjukkan ubi 1Malaysia berkualiti dan digemari rakyat!"

Blog Melayu paranoid - "Keraguan sijil halal ubi mungkin punca nenek mati dilanggar beca."

Ibrahim Ali - "Sampai bila kita nak tengok nenek-nenek Melayu mati dilanggar beca akibat ubi orang Cina dan India? Melayu perlu bangun menentang!" 

Pancaindera - "Kisah nenek dilanggar beca diabadikan dalam filem terbaru David Teo, Beca Gangster." 

Mastika - "Misteri penarik beca: temubual eksklusif dengan hantu ubi." 

Samy Vellu - "Beca tak bayar tol dicari."


P/S : SO TRUEE!



SUMBER : KAHUNA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...