Nama:
Alamat Email:
Number Telefon
Bantuan yang anda perlukan Turun Berat Badan
Naik Berat Badan
Sarapan Sihat
Baiki Masalah Kesihatan
Tambah Tenaga
Jana Pendapan Sampingan
Maklumat tambahan:

Get your own free form like this one.

Jan 19, 2012

subway tak halal ? ade pork and wine ?

ASSALAMUALAIKUM READERS,
semalam masa tengah syok usha timeline twitter, tetiba ade orang RT from Ifa Raziah. dia cakap Subway tak halal. dah disahkan JAKIM. aku ni kalau sesiapa yang rapat dengan aku mesti tahu yang aku ni selalu lapar subway. craving all the time. lagipun aku start makan subway ni masa 2010. masa masuk PJ dulu. dah kat kuantan mane ade subway. then, kalau nak diikutkan dah lebih 45 ketul subway dah masuk dalam perut aku ni. aku pun tak tahu kenapa aku pilih 45. sebab 40 macam sikit, and 50 cam banyak sangat.

so, semalam aku pantas google. aku ade jumpa satu blog cakap pasa subway

4. Subway

Tsk. Percayalah. Buat masa ini, memang premis ini salah satu tempat kegemaran aku. Roti Honey Oat. Terbaik, woh. Tetapi, selepas aku baca artikel dalam blog SINI... aku cuba semak dalam direktori halal JAKIM. Tekalah. Ya. Tepat sekali. Tiada keputusan carian melainkan dua sahaja di bawah produk di dalam direktori halal JAKIM. Anda boleh semak sendiri jika mahukan kepastian.

Percayalah.

Aku ke sini sebab aku ternampak sijil halal JAKIM terpampang di premis Subway Sunway Piramid hari itu. Rasanya sudah dua kali ke sini. Dan selepas aku tengok Subway tiada status halal daripada JAKIM, terus rasa macam arghhh... kenapa! Tetapi selepas kewarasan kembali, aku fikir logik juga. Sebab dalam menunya ada ham. Ah! Kenapalah aku tidak perasan. Aku pernah makan meatball dan tuna. Itu pun sebab hidangan untuk hari Selasa dan Rabu. Dan bila aku buat carian lanjut lagi perihal Subway ini... barulah aku betul-betul lega sebab Subway ini memang aku pasti 800% tidak halal. Tidak halal, ya kawan-kawan.

Tidak syak lagi.

Cuba skroll bawah dan semak bahagian Ingredients di SINIAnda akan jumpa dua bahan secara terang, jelas dan nyatanya iaitu Pork dan Wine. Tulisannya sedikit kecil. Mohon pakai kanta pembesar jika kabur. Itu salah satu menu yang terdapat di Subway, Italian BMT.

Astaghfirullahalazim... apa bendalah yang aku makan ini.

Jadinya, jika benda tidak halal menjadi subset kepada premis yang tidak diketahui status halalnya... apakah maksudnya ini? 

Anda sendiri fikirlah, ya.

OKAY , DAH BACA?
pendapat aku pulak, okay bila dah baca entry ni, aku takde lah nak percaya bulat bulat. siasat dulu. tapi dalam pada waktu yang sama, faham tak perkataan was was tu ? kan kalau kita was was pun kena elakkan. jadi sesiapa yang was was jangan makan. yes tak dinafikan itu ade pork and wine yang terang benderang tak halal. tapi nya tu ingredients dari america right ? macam jugak KFC, MCD, daging luar negara bukan sembelih pun. jadi bila kat Malaysia kena lah ikut cara islam. and lagi satu kalau tengok kalori from America ni. ade dalam 500 lebih . kat Malaysia punya 300 lebih je. yes babi memang banyak lemak. entah tu pendapat aku je. kbye


10 comments:

Anonymous said...

kenot eat subway anymore

AHMAD NAIM ABD MUBIN said...

yah that true . so sad :D

Farhan Zukri said...

woot~ jap..pernah google gak pasal subway sblum ni..xsilap halal-lah..subway malaysia guna chicken ham..cer carik bebetul..

*masih mencarik jugak ni*

AHMAD NAIM ABD MUBIN said...

oh yeah tu ah. masih lagi curious. was was kot. thanks for the info farhan

Farhan Zukri said...

tapi kalau syak wasangka boleh jatuh hukum haram..cara terbaik = takyah makan dah..ahhaha..tukar selera lain pulak

AHMAD NAIM ABD MUBIN said...

tapi subway sedap :D hahah

Ahmad Sabree said...

ish2.. isu halal n haram ni susah nak dipertikaikan sekarang ni....ape2 pun berhati2 n berwaspada...

Ahmad Sabree said...
This comment has been removed by the author.
AHMAD NAIM ABD MUBIN said...

sabry : haah, kadang2 mcm banyak sangat benda nak dipertikaikan

Ahmad Sabree said...

nice entry n blog yg superb! A+..
http://sabryoppa.blogspot.com/
okey follow jangan x follow...
budak baru belajar...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...