Nama:
Alamat Email:
Number Telefon
Bantuan yang anda perlukan Turun Berat Badan
Naik Berat Badan
Sarapan Sihat
Baiki Masalah Kesihatan
Tambah Tenaga
Jana Pendapan Sampingan
Maklumat tambahan:

Get your own free form like this one.

Nov 18, 2011

Gelagat pasangan kekasih yang menjengkelkan

1. Suka tunjuk gambar kekasih dekat orang ramai

Dulu aku ada sorang kawan, nama dia Haziq. Okey nama tu aku buat-buat sebab aku takut kawan aku tu marah aku guna nama dia. Pendekkan cerita kawan aku tu baru dapat tackle sorang awek yang memang sudah lama dia berkenan. Lepas tu dia pun tunjuk dekat aku gambar awek dia tu.

"Nih gambar dia. Aww sweet kan!"

"Awek aku tu cun kan?"

"Ko tak jeles ke aku dapat awek cantik? Hehe"




Oh man, aku geli. Aku tau lah kau bercinta sexcited sangat tapi orang lain bercinta pun rilek saja aku tengok, tiada pun tunjuk-tunjuk gambar dekat satu dunia. Entah la apa kebaikannya bagi orang tengok gambar kekasih sendiri. Mau cakap hubungan tu terjamin sampai ke pelamin, silap hari bulan kalau gaduh-gaduh terus break. Hai laa betul la. Aku ingat kawan aku saja yang ada sindrom #akufanatikkekasihakunahtengokgambardia ni rupanya dalam internet lagi berlambak orang macam dia. Hmmm, aku malas komen lebih-lebih.


2. Berkepit lagak macam suami isteri yang sudah kawin

Cuba korang tengok dekat shopping complex ke, tepi jalan ke, mesti nampak pasangan kekasih berkepit jalan sama-sama mengalahkan suami isteri. Berjalan sambil peluk pinggang, kalau boleh sambil jalan kepala tu mesti lentok sikit ke bahu kekasih. Bila jalan macam tu, kesian la orang lain yang mau cepat sebab jalan kena blok. Dulu aku penah drive keta, tiba-tiba ada satu pasangan kekasih ni melintas jalan. Sebagai pemandu berhemah, aku pun berenti kejap la bagi can. Tapi diorang punya jalan tersangatlah melenggang buat aku rasa macam mau langgar saja. Hon lah makan dia. pastu buat muka ketat. kesah pulak aku ?Tidak boleh kah cari tempat lain untuk bermanja? Itik pun menang kalau lawan diorang melintas jalan.


Semua tu sebenarnya menjadi satu contoh yang tidak elok untuk kanak-kanak underage. Budak-budak ni selalunya akan fikirkan apa yang diorang nampak orang dewasa buat itu sebagai sesuatu yang normal. Itu pasal kes cabul di sekolah makin meningkat, sebab diorang tengok orang dewasa pun rilek ja pegang-pegang kekasih dia. Sedangkan suami isteri yang sudah halal pegang-pegang pun masih tidak digalakkan menunjuk kemesraan depan orang ramai, apa lagi yang baru bergelar kapel. Pegang tangan pun cukuplah kalau memang tidak dapat tahan sudah. Tu lah kalau tau layan nafsu saja.


3. Perasan diorang saja yang bercinta dalam dunia ni

Pernah korang nampak orang update status dia yang sewaktu macam dalam gambar bawah ni? Tiga ayat ja aku mau cakap. Wad da hek? 


Tu pun perlu bagi tau orang jugak ke? Aku tau la kebanyakan orang mempunyai keinginan tinggi untuk mengabadikan kenangan mereka, tapi susah sangat ke mau tulis dalam diari? Anggap la tulis dua tiga muka surat dalam diari tu sebagai exercise supaya tidak lupa macam mana menulis huruf A sampai Z. Kalau memang pemalas tahap babun mau mampus, salahkan diri sendiri sebab pemalas!

Sebab tu aku makin malas guna facebook. Aku menyampah bila tengok news feed fesbuk aku makin banyak keluar sampah. Rasanya orang sudah lupa tujuan asal facebook ni di buat. Terang-terang lagi sebelum login tu ada gambar dia tulis "Place for connecting friends" bukannya "Place for telling people you are the only one who have boyfriend or girlfriend in this world". Oh dunia dunia.


p/s: Semua ni hanya berdasarkan pemerhatian dan pendapat aku sorang saja. So kalau ada sesapa yang terasa aku mintak mahap banyak-banyak. Apa boleh buat sudah kenyataannya begitu kan?

21 comments:

Si GadisSemasa said...

so true ! macam dorang je yg ade bf/gf .

AHMAD NAIM ABD MUBIN said...

haha. betul betul. dah banyak sangat dah macam ni kan.

MUJA said...

Thank you naim. You say my mind :B

AHMAD NAIM ABD MUBIN said...

haha. cool sudah kan. dah kahwin nanti lantak lah kan. haha

Nur Zahidah said...

haha. suke!

AHMAD NAIM ABD MUBIN said...

heee :D

Anonymous said...

paling menyampah, budak2 kecik yg bercinta bagai nak rak. ergh

AHMAD NAIM ABD MUBIN said...

LIKE SERIOUSLY BETUL SANGAT. SEMANGAT NYA CAPS LOCKK

Unknown said...

hakikatnya memang begitu bila kita lihat org yg bercinta mengalahkan yg dah kahwin....

salam ukhuwah fillah boleh undi saya tak dgn memberi komen/like/retweet/klik google + kat entri ni :- http://manmala.blogspot.com/2011/11/iphone-4s-gadget-impian-ku.html

AHMAD NAIM ABD MUBIN said...

okay. terjahhh skangg

LaLa SunBun said...

ok ... This true story ... my classmates kisses her girlfriend at school before going back home.... nasib sekali jer... aku pon tdak tau lah knapa dia buat bgitu... lelaki kristian dn prempuan tu muslim.... yo! aku still boleh mngaku dia tu kwan aku?!

AHMAD NAIM ABD MUBIN said...

takyah mengaku kawan jr. cehh tak baik. jangan benci orang yang melakukan maksiat tu. benci maksiat tu je. okayy ? hehe

LaLa SunBun said...

hahahaha!!!~^0^ owkeyYy.....~^^ actually sya tdak bnci diaa...however,,, dia still kwan sya... sya tdak boleh lari dari keyataan tuu... mmmm... :'(

amadnaem said...

haha. try lah nasihat dia. dapat pahala ohh :DD

LaLa SunBun said...

alaaa... dah terlambat... school holiday dah pon... thun dpan saya dgan dia dah lain sekolah... saya sekolah perempuan and dia sekolah *chimpanzee*.... hehe...(jahatnya aku nii ken??)

AHMAD NAIM ABD MUBIN said...

haha. sekolah chimpanzee tu apaa ? haha. ni form berapa ni ?

AHMAD NAIM ABD MUBIN said...

haha. sekolah chimpanzee tu apaa ? haha. ni form berapa ni ?

LaLa SunBun said...

sekolah lelaki.... bleh tahan jugak kenakalan sekolah tuu... form form.... hahahahaha!!!

AHMAD NAIM ABD MUBIN said...

haha. tak menjawab soalan. haha

LaLa SunBun said...

sya memang tdak jawab klau orng tnya bgini... d laman social... tkut mau jwab... tdak tau lah knapa... soRry... :( sensitive klau bab2 umur ni... maybe time 2014 baru saya bleh bgi tau... hahahahaha!!~ wak plak form brapa?(cik penyebok.. hehe)

AHMAD NAIM ABD MUBIN said...

i dah takde form dah. dah masuk U dah :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...