Nama:
Alamat Email:
Number Telefon
Bantuan yang anda perlukan Turun Berat Badan
Naik Berat Badan
Sarapan Sihat
Baiki Masalah Kesihatan
Tambah Tenaga
Jana Pendapan Sampingan
Maklumat tambahan:

Get your own free form like this one.

Dec 1, 2011

FAKTA MISTERI HIGHWAY KARAK

Lebuhraya karak mula dibina pada 1970 dan mula dibuka kepada orang ramai pada 1977. Lebuhraya ini menghubungkan Kuala Lumpur dengan Karak dan jaraknya lebih kurang 60.0 km. Lebuhraya ini mempunyai sepasang terowong di kawasan peranginan terkenal iaitu Genting Highland.

1.Antara kemalangan yang paling popular adalah pada 20 Januari 1990, di mana 17 orang terbunuh termasuk 11 orang anggota FRU bilamana berlaku pertembungan diantara kenderaan FRU dengan sebuah lori, sebuah bas dan 10 biji kereta.

2.Kalau korang perasan dekat Genting Sempah (berdekatan perniaga lemang) Banyak Lori berenti pada waktu malam(tidur)..dikatakan tidak sah kalau tidur disitu tapi tidak kena “tegur”.

3.Volkswagen kuning..selalunya pemandu akan dikacau selepas terowong karak..dia akan potong kereta korang ,dan selepas itu dia akan bawa perlahan..ada yang kata jangan potong kereta kuning itu,kalau potong juga…..


4.Kereta Misteri

KARAK – Penemuan sebuah kereta Kia Optima yang terbenam ke dalam selut dari ketinggian 100 meter di Kilometer 35.4 Lebuh Raya Karak, berhampiran terowong Genting Sempah menghala ke ibu negara kelmarin menimbulkan pelbagai misteri.

Kereta berwarna perak itu dipercayai terjatuh dari Jalan Bentong Lama, Batu 18 di sini sebelum ia ditemui oleh penunda kereta, Wong Kam Wai, 31, pada pukul 3 petang.

Namun Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, sehingga semalam polis menolak wujudnya unsur jenayah atau kemalangan yang boleh dikaitkan dengan penemuan kereta itu.

“Kalau berlaku kemalangan, mesti pembahagi jalan sudah remuk seperti dilanggar.

Jika ada jenayah mesti ada mangsa di sekitarnya,” kata beliau ketika dihubungi.

Kereta Kia Optima yang berharga lebih RM100,000 itu ditemui ketika Kam Wai sedang menaikkan sebuah kereta Satria Neo yang terbabas di Kilometer 35.4 Lebuh Raya Karak.

Dalam pada itu, satu sumber berkata, ketika ditemui kunci kenderaan ada pada kereta itu namun enjin tidak dihidupkan..

Bagaimanapun,usaha untuk mengangkat kereta ini tidak berjaya.

Apabila di pertengahan, dua buah kembalik yang mengangkatnya tiba-tiba mengalami masalah mekanikal dan kerosakan pada sistem hidrolik.Ketika itu,kereta ini hanya beberapa meter sebelum sampai di tepi tembok lebuhraya.Akhirnya, kereta misteri ini terpaksa disemadikan semula di bawah jambatan tersebut

5)Kejadian paling popular ialah peristiwa di mana seorang pemanggil call deejay radio THR.fm(isma halil) cakap dia eksiden jatuh gaung. pastu dia ckp dia sedih bila bangun dia tgk mak bapak, isteri serta anak dia dah meninggal dan yang paling sedih bilamana dia tgk dia sendiri pun dah meninggal.. pastu panggilan terputus. isma halil try call balik x dpt. esoknya masuk paper jam 12am ada eksiden jatuh gaung di kilometer yg sama cam pemanggil tuh cakapkan and jumlah org pun sama

(pasni sape yg slalu ikot jalan 2 malam2,.ati2 la ye...jgn biarkan idup anda dselubungi keter kuning)

COPIED DARI FACEBOOK

13 comments:

Anonymous said...

eh aku org 1st comment kat karak #eksaited

vistana

AHMAD NAIM ABD MUBIN said...

fuyyo vistana komen doo. hati hati di karak :D

Anonymous said...

kalu sorang2 dalam kereta seram lah kut

hani said...

karak??
jelapang??
manekah??
ape pun cte VW kunen tu mmg salu buat daku tak tido mlm kecik2 dluwoo..

AHMAD NAIM ABD MUBIN said...

anon : so truee .

AHMAD NAIM ABD MUBIN said...

hani : sangat seram kot. dalam filem karak ade kan. ghaha

Nalisa Syahira said...

psl kereta kuning tu , baru dgr minggu lps , haha .

AHMAD NAIM ABD MUBIN said...

ohh yeke. dah lame dah cerita ni

::FAIZ:: said...

i love this entri

vendoline said...

stakat mana kebenaran cerita ni yer

AHMAD NAIM ABD MUBIN said...

wallahualam :D

aQimie Ceplos said...

HUYOOOO..
gile seram nih! -.-

AHMAD NAIM ABD MUBIN said...

heheh. jangan lah baca kalau seram :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...