Nama:
Alamat Email:
Number Telefon
Bantuan yang anda perlukan Turun Berat Badan
Naik Berat Badan
Sarapan Sihat
Baiki Masalah Kesihatan
Tambah Tenaga
Jana Pendapan Sampingan
Maklumat tambahan:

Get your own free form like this one.

Nov 3, 2011

apa yang best sangat Twitter ni ?

ASSALAMUALAIKUM READERS
sihat ? oh harini nak cerita kat anda semua pasal Twitter ni. oh aku baaru je buat twitter ni. masa raya haritu tak silap. so baru je buat. followers pun berapa ketul lah sangat. tapi aku sejak ade twitter ni. aku rasa ia cam lagi best dari facebook aku rasa. aku macam bukak tab twitter dulu compared to facebook. but aku still bukak facebook. takda lah benci kan. sekarang ni kan banyak orang copy paste benda dari tumblr. aku jadi geram. tumblogger maybe tahu perasaan tu kot

1. Takde notification2 yang semak.

Tension kan kalau kau komen satu gambar atau komen status someone, banyak notification akan menyusul kalau orang lain pun menyemak nak komen sama. Tapi kau siapa nak halang orang lain dari komen status atau gambar member kau tu? Tau takpe.

2. Takde orang nak tag kau dekat gambar duit MLM tahi tu, atau Rahsia Peribadi Mengikut Tarikh Lahir.

Spam-spam adalah sangat minimal kalau dekat Twitter. Yang ada mungkin sapa sapa yang sakai yang secara random suruh kau click link yang akan sibuk2 mention kau kalau kau ada sebut some key word macam Justin Bieber, Ipad, mahupun fart. Tapi tak seannoying photo tags dekat Facebook, semestinya.

3. Kau bebas menjadi kau.

Apa maksud ni? Haa kalau dekat Twitter, kau boleh tweet apa yg kau suka. Nak cakap kau ponteng kelas ke, pergi clubbing ke, pergi konsert ke atau apa apa lagi la perkara yang tak berfaedah dari mata masyarakat Hadhari ni, semua boleh dalam Twitter sebab (buat masa ini) takde lagi Madam atau Sir, mak-bapak, atuk-nenek, mak lang, pak teh, tok su, mak jemah kau yang ada Twitter. Tapi kalau dalam Facebook? Nak upload gambar lain macam sikit pun kena bukak untuk beberapa orang je kan. 

4. Spam timeline orang tanpa rasa bersalah.

Kalau dekat Twitter, ikut sukahati jari gemok kau la kau nak tweet setiap seminit ke, 2 minit ke sebab mostly orang lain pun buat yang sama. Tapi kalau dekat Facebook atau BBM, kalau kau tukar status setiap minit, nak makan nasik pun nak cakap, nak korek taik gigi pun nak cakap, nak salin spender pun nak cakap, mesti kau makin kurang kawan lepas tu.


5. Berita lagi cepat dari Mak Jemah sebelah rumah.

Yang ni benda betul. Kalau kau follow the right people, the right account, kau akan dapat berita lagi cepat dari media lain. Tak kisah la berita dalam negeri ke, berita luar negara ke, gerenti kau dapat tau cepat. Banyak contoh dia yang aku boleh ingat, macam Mid Valley terbakar, pembunuhan Ghaddafi, turun-naik harga minyak, Kim Kardashian. Twitter dah kecoh2, dekat Facebook atau website lain barulah nak terkemut-kemut update. Lemmmm

6. Twitter = Radio + TV dalam bentuk teks.

Kau nak tau update tentang keadaan trafik di area KL? Follow @kltraffic. Nak tau kat mana ada roadblock? Follow @KLroadblock. Keadaan jalanraya di luar KL dan di lebuhraya? Follow @amptraffic @plustrafik. And kalau korang kat luar dan takde tv tapi nak tau perkembangan terbaru macam Anugerah Juara Lagu ke, Anugerah Bintang Popular ke, Showdown ke, football matches ke, mahupun Melodi, Buletin Utama dan Master Chef ke sekalipun, semua ada dekat timeline. Senang kan? Cuma guna imaginasi korang lah.ayuh sama sama geli akan Chef Riz

7 #hashtag fever.

Ape itu hashtag? Haa hashtag atau trending topic ni antara sebab kenapa aku suka gila dengan Twitter. Tak kisahla worldwide ataupun malaysia, hashtag ni macam topic atau word yang sorang comes up with dan orang lain akan guna kreativiti dorang utk guna ayat dari hashtag ni. aku paling suka guna hashtag #ehterasake . ni sangat sesuai kalau kau nak perli orang kot. pergh kadang2 aku pun makan dalam.

8. Quote-pushers.

Untuk orang-orang yang suka quotes macam aku, tak kisahlah motivating ones, the funny ones, or even the corny ones, mesti akan suka dengan Twitter sebab some accounts memang famous dengan quote dorang mcm @DamnItsTrue, @BestFilmQuotes,  @funnyordie and banyak lagi la dowh. tapi aku still rasa semua ambik dari Tumblr. oh aku memang pem-backup Tumblr no 1 kottt.

9. Because Twitter brings people together.

Honestly, Twitter is the best medium for people to connect with each other, for now. Especially people with the same interests, weh. Football clubs ke, photography ke, music ke, fan clubs ke, Twitter mmg the best. Walaupun Facebook ada fanpages and groups, interaction among people dalam Twitter lagi gempak. And kalau bukan sebab Twitter, aku still takde kawan laki sampai sekarang. Gila ke nak add laki yang kau tak kenal dekat Facebook? Dalam Twitter takpe.  jadi geng kamcing thru Twitter? Banyakk ohhhhh



Jadi kalau korang takde Twitter lagi, sign up la cepat dan follow aku @amadnaem . ade kat sebelah ni butang follow. 


JANGAN FOLLOW AKU JIKA KELAK KAU NAK UNFOLLOW. TAK COOL ;D

8 comments:

Anonymous said...

#hashtagFever :D

AHMAD NAIM ABD MUBIN said...

ngeheee. takde typo ? haha

Anonymous said...

mesti double triple check en. takde typo tahniah!

AHMAD NAIM ABD MUBIN said...

:') terharuuu

noreenrara said...

twitter best ! :D

AHMAD NAIM ABD MUBIN said...

yess memang bestt kan. hahaha

tirahzairi said...

twit2...hehe

AHMAD NAIM ABD MUBIN said...

woot woot :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...