Nama:
Alamat Email:
Number Telefon
Bantuan yang anda perlukan Turun Berat Badan
Naik Berat Badan
Sarapan Sihat
Baiki Masalah Kesihatan
Tambah Tenaga
Jana Pendapan Sampingan
Maklumat tambahan:

Get your own free form like this one.

Nov 10, 2011

bahaya duduk atas wallet. untuk kaum lelaki


Nasihat kesihatan ini lebih kepada golongan lelaki sebab biasanya lelaki sahaja yang suka letak wallet di poket belakang seluar mereka. Perempuan ada tak? Ada juga..tapi jarang-jarang. Kenapa kata jangan duduk atas wallet? Sebab: 
  • Dompet/wallet anda boleh menyebabkan sakit yang teramat sangat pada belakang dan punggung anda dan ia juga membawa sakit sampai ke kaki
  • Duduk di atas dompet/wallet selama berjam-jam lamanya setiap hari boleh memampatkan saraf sciatic yang mengalir di bawahnya beberapa otot piriformis dan membawa kepada sindrom piriformis, sakit pinggang & sciatica.
  • Dompet/wallet bertindak sebagai baji yang memaksa pelvis, tulang belakang dan tubuh lari daripada alignmentnya.
  • Sepertimana anda tidak akan duduk di atas batu untuk tempoh masa yang panjang, anda juga tidak harus duduk di atas dompet/wallet anda.
  • Sesiapa yang memandu lebih daripada setengah jam duduk di atas dompet/wallet, mereka berpotensi untuk mendapat sakit sciatica atau belakang.

Pilihan yang terbaik lagi sihat adalah untuk meletakkan dompet/wallet ke saku depan seluar anda. 

Jika anda perlu untuk meletakkan dompet/wallet anda di poket belakang, anda perlu mengeluarkannya sebelum anda duduk. 


4 comments:

ikan said...

tak suka letak dlm poket

letak dalam beg jea. nice info :)

naem said...

letak kat poket tepi pun okay gak kan. hahaa

wawa wadzir said...

so laki boleh laa start bawak handbag..heheh ^^

naem said...

eh kat side tepi ni boleh je isi dompet. haha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...